Dari 8AM-11PM pada hari bekerja dan 8AM-3PM pada hujung minggu.
Rawatan kami profesional dan sesuai untuk semua jenis peringkat umur termasuk kanak-kanak dan orang tua.
Kami menyediakan rawatan yang terbaik dan berkesan pada harga yang sangat berpatutan.
Kami sediakan semua jenis rawatan termasuk saringan kesihatan, X-ray, Ultrasound dan lain-lain.
Kami sediakan rawatan warga tua / kanak-kanak seperti; imunisasi, asma (Neb), penyakit kronik, Lawatan ke Rumah dan lain-lain.
Doktor kami berpengalaman memeriksa semua jenis pekerjaan.
Kami datang ke tempat anda untuk periksa tahap keselamatan dan kesihatan.
Membantu jaga tahap kesihatan dan buat imunisasi di tempat anda.
Memberi taklimat dan didik pekerja atau staf anda.
Menawarkan harga terbaik tanpa DEPOSIT (ikut terma & syarat). Bayaran bulanan dibenarkan sebelum 10 haribulan.
Kami menjaga rahsia & privasi antara majikan, pekerja dan pihak kami.
Sekarang & Akan Datang
Pesakit Klinik Semuanya Gembira & Berpuas Hati
Posted on Google![]()
Shahidan YusoffTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Dr kumaran is good doctorPosted on Google![]()
siti fairuzTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
doktor perempuan baik sangat tapi saya takingat doktor nama apa. dr explain sangat detail dan cakap pun lembut dengan saya. thank you 🤩 recommended sangat!Posted on Google![]()
Panjanggg VinTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Dr Kumaran/ Dr bavani , always helps alot .Posted on Google![]()
Shangari ShangTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Dr kumaran, good servicePosted on Google![]()
afiqnaufal azriTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
doctor kumar 👍🏻Posted on Google![]()
Bathmavathy RamachandranTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Was satisfied with clear explanation and really medicine works well from Dr.Shanmuga. really recommendPosted on Google![]()
muhammad shafiqTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya sangat berpuas hati dengan layanan Dr Kumaran dan staff klinik. Doktor sangat mesra, profesional dan menerangkan keadaan serta rawatan dengan jelas. Saya juga rasa selesa untuk bertanya apa-apa soalan sepanjang konsultasi.
Demam, selsema, batuk, Penyakit Kronik
Pemeriksaan Kesihatan, ECG, Pemeriksaan kesihatan wanita, Pemeriksaan Kesihatan Pelajar
Saringan Kardiovaskular Saringan Diabetes, Ujian Darah Penuh, Alahan
Rawatan luka seperti basuh luka dan sebagainya
Rawatan kanak-kanak seperti vaksin, demam dan sebagainya
Vaksinasi kanak-kanak, Haji & Umrah, vaksinasi wanita
Saringan untuk pekerjaan dan pekerja asing.
Kami boleh menjadi salah satu klinik panel utama syarikat anda.
Untuk rawatan masalah lelaki
Kami merawat di rumah anda.
Kami memeriksa pejabat dan pekerja anda untuk sebarang masalah kesihatan.
Hanya di cawangan Sungai Buloh. Ada pada 8AM-11PM pada hari biasa, dan 8AM-3PM pada hari minggu.
Masalah sakit pada sendi, lutut, kaki atau tangan.
Perjalanan & Perkembangan Klinik yang Penuh Komited
Ditubuhkan pada tahun 2009, Poliklinik Rahman Putra bermula sebagai sebuah klinik kecil di Sungai Buloh yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Dr. Kumaran Shanmugam dan Dr. Bavani Sivarajah. Dengan hanya dua orang kakitangan, mereka mengendalikan klinik ini dari 8:00 pagi hingga 11:00 malam, dengan fokus utama untuk menyediakan rawatan yang mesra, mudah diakses dan terbaik kepada komuniti setempat.
Pada 2025, klinik telah berkembang kepada 6 orang doktor dan lebih 15 kakitangan – demi untuk memenuhi keperluan masyarakat yang semakin banyak dan servis yang efisien. Waktu operasi juga dipanjangkan kepada 24 jam sehari, memastikan rawatan kesihatan sentiasa tersedia, tanpa mengira waktu.
Bagi menguatkan lagi perkhidmatan, klinik turut memperkenalkan rawatan X-ray – satu langkah penting untuk meningkatkan keupayaan diagnostik serta memberikan rawatan yang lengkap di bawah satu bumbung. Ini mencerminkan kesungguhan Poliklinik Rahman Putra dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk kemudahan anda semua.
Kami selalu mendidik dan menekankan cara penjagaan dan pencegahan yang betul. Kami percaya bahawa mendidik pesakit tentang kepentingan penjagaan awal adalah kunci kepada kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang. Pendekatan ini telah membina hubungan yang kukuh antara pesakit dan klinik – berasaskan kepercayaan dan saling menghormati.
Selain itu, Poliklinik Rahman Putra juga telah dipercayai oleh pelbagai syarikat sebagai klinik panel pilihan. Hubungan jangka panjang ini mencerminkan reputasi klinik dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan terbaik, terutamanya dalam sektor korporat.
Melangkah ke masa hadapan, Poliklinik Rahman Putra terus komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang efektif, mesra dan cemerlang. Dengan semangat yang kuat dan perkhidmatan yang menitik beratkan pesakit, klinik ini akan terus menjadi pusat kesihatan yang dipercayai dan disayangi oleh masyarakat.
Untuk memberikan rawatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti kepada komuniti tempatan untuk semua peringkat umur.
Untuk menjadi pusat kesihatan yang terkenal dengan khidmat dan rawatan yang berkualiti tinggi. Kami akan menjadikan cawangan ini beroperasi 24 jam dalam masa 2 - 3 tahun lagi dan menambah khidmat X-ray dan Ultrasound 3D dan 4D dalam masa terdekat. Kami juga berazam untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Dr. Hafiz ialah seorang Pegawai Perubatan General yang mempunyai pengalaman dalam memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit dengan pelbagai jenis masalah kesihatan. Beliau mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam menilai keadaan pesakit sebelum menentukan rawatan yang bersesuaian.
Sepanjang pengalaman klinikalnya, Dr. Hafiz telah terlibat dalam pengurusan pelbagai keadaan berkaitan ortopedik, rawatan serta penjagaan luka, prosedur minor dan suntikan pada sendi. Pengalaman ini membantu beliau memberikan rawatan yang praktikal dan sesuai berdasarkan keadaan serta keperluan setiap pesakit.
Dalam bidang perubatan am, beliau turut memberikan perhatian kepada rawatan penyakit biasa, pemantauan keadaan kesihatan, penjagaan susulan serta langkah-langkah pencegahan penyakit. Beliau percaya bahawa penjagaan kesihatan yang baik bukan hanya tertumpu kepada merawat penyakit, tetapi juga kepada usaha membantu pesakit mengekalkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Dr. Hafiz sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan perubatan dengan penuh tanggungjawab, teliti dan beretika. Keutamaan beliau adalah memastikan pesakit mendapat penilaian yang sewajarnya serta rawatan yang selamat dan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
Dr. Shanmuga merupakan seorang Pegawai Perubatan dan doktor berpengalaman dengan kepakaran serta pengalaman klinikal dalam bidang ortopedik, penjagaan dan dressing pelbagai jenis luka, prosedur pembedahan minor, serta prosedur suntikan pada sendi.
Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan keluarga, dengan pendekatan yang menggabungkan rawatan, penjagaan berterusan dan pencegahan penyakit bagi membantu pesakit mencapai serta mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
Dengan komitmen dan dedikasi terhadap penjagaan pesakit, Dr. Shanmuga sentiasa mengutamakan rawatan yang selamat, berkesan dan bersesuaian dengan keperluan setiap individu.
Dr. Bavani, seorang pegawai perubatan dan Doktor 'Kesihatan Pekerjaan', merupakan seorang yang lemah lembut dalam rawatannya terutama terhadap kanak-kanak dan wanita. Beliau fokus terhadap penyakit berkaitan wanita dan penjagaan antenatal. Dr. Bavani juga profesional dan mahir dalam perubatan am, menekankan langkah kesihatan pencegahan dan kesejahteraan secara holistik untuk pesakitnya.
Dr. Kumaran, seorang pegawai perubatan dan doktor 'Kesihatan Pekerjaan' mempunyai Sijil Berkelulusan dalam Perubatan Keluarga, adalah seorang yang berdedikasi dan mahir. Beliau mahir dalam perubatan keluarga dengan menggabungkan kaedah rawatan penjagaan dan pencegahan. Kepakaran beliau juga meliputi 'kesihatan pekerjaan', memastikan tempat kerja mengekalkan standard kesihatan yang optimum. Dr. Kumaran juga mahir dalam kesihatan dan masalah lelaki.